Syed Ahmad Haidrus atau Pak Syed (Mamak Penang) dari Pulau Pinang
sempat menghantar berita mengenai basikal/gerek tua dari utara kepada
penulis pada 24 Julai 2011 bersempena “Indian-Muslim Culture
Celebration” yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu. Nama Pak
Syed yang sangat terkenal di utara dan di kalangan pejuang dan pencinta
basikal tua merupakan salah seorang pejuang sejati yang berjuang bersama
beberapa sahabat-sahabatnya iaitu Abg. Hamid dan Uncle Wong, mereka ini
sering hadir mengikuti aktiviti dan acara kayuhan yang dianjurkan oleh
penulis dan sahabat-sahabat di Melaka dan Johor.
Bagi mereka yang mengenalinya, Pak Syed sangat sinonim dengan gaya
dan kelainan berpakaiannya yang beridentitikan “Mamak Penang” sering
sahaja berjaya mencuri perhatian lensa kamera dan media jika ada event
yang besar. Bukan itu sahaja, beliau bersama sahabatnya sanggup
mengembara jauh beratus batu, keluar dari negerinya untuk bersama-sama
hadir menyokong setiap aktiviti dan acara besar basikal tua yang
diadakan di Malaysia dan seorang yang “pemurah” untuk berkongsikan
pengalamannya. Ternyata daya juang dan semangat insan unik ini cukup
kental dan bertenaga untuk melihat warisan ini terus dipertahankan
kepada generasi muda.
Jutaan terima kasih khas buat Pak Syed kerana sudi berkongsikan
pengalaman ini khas buat teman-teman basikal tua seluruh tanahair.
Semoga berita dari utara ini memberi petanda baik bahawa basikal tua
kini mula bangkit dan mendapat perhatian di mana-mana sahaja. Silakanlah
membaca berita yang dikirimkan ini….
No comments:
Post a Comment