Pages

Wednesday, 23 January 2013

Budak lari nampak `tok mudim’


GEORGETOWN: Gelagat ‘tok mudim’ menaiki basikal tua jenis Raleigh bersama beg peralatan berkhatan di Jalan Masjid Kapitan Keling, dekat sini, semalam, menyebabkan kanak-kanak yang berkumpul di kawasan itu bertempiaran lari.
‘Tok mudim’ persis era 1950-an itu mengayuh basikalnya sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan kanak-kanak dan kadangkala bersiul mengikut irama lagu lama manakala kanak-kanak pula bertempiaran lari selepas gerun terkenangkan pisau tajamnya.
Itulah senario yang dapat dilihat di Jalan Masjid Kapitan Keling, lokasi Festival Georgetown yang diadakan bersempena ulang tahun kedua pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, semalam.
Tok mudim terbabit, Syed Ahmad Haidrus, 59, berkata dia adalah anak jati negeri itu, keturunan India Muslim dan berbangga dapat mengayuh basikal klasik di tengah bandar moden.
“Saya berpakaian begini semata-mata untuk memeriahkan suasana malah tidak pernah pun menjadi tok mudim,” katanya.
Katanya, sekali seminggu dia berpakaian seperti itu dengan menaiki basikalnya.

No comments:

Post a Comment